Taklimat KDB Dan Advokasi Sempena Program Trasformasi Belia Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang (KKSKKK) Anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan Sarawak Dan Saberkas Cawangan Daro
29 September 2018 | Aktiviti TerkiniBermula 28 September sehingga 30 September 2018, pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Daro telah menganjurkan satu Program berbentuk Kem iaitu dinamakan sebagai Program Trasformasi Belia Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang (KKSKKK). Program ini bertujuan melatih para remaja dan belia untuk menghargai institusi terpenting dalam sesebuah Organisasi iaitu Keluarga dan Kawan-kawan. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersesuaian dengan peringkat umur para peserta.
Program ini telah disertai oleh seramai 83 orang peserta yang merupakan pelajar Sekolah Menengah serta Belia yang berumur di antara 13 sehingga 25 tahun sekitar Daerah Daro. Pusat Internet Daro tidak ketinggalan mengambil peluang untuk sama-sama terlibat dalam program tersebut dengan menyelitkan slot KDB dan Advokasi yang juga seiring dan berhubungan secara langsung dengan pembentukan remaja dan belia yang berguna dan berdisiplin. Taklimat tersebut berlangsung pada 28 September 2018 bermula dari pukul 7.30 malam sehingga 8.30 malam.
Tujuan utama taklimat KDB dan Advokasi tersebut adalah untuk memberi penjelasan dan kesedaran kepada para peserta program supaya menggunakan internet secara berkhemah berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dan SABERKAS Cawangan Daro atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan program yang bermanfaat ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: