dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2018

1 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2018 merupakan program tahunan anjuran SABERKAS Cawangan Daro. Program yang diadakan pada 31 Mei 2018 bersamaan 14 Ramadhan 1439H dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan amalan bersedekah di bulan yang mulia ini.

Program yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan ahli-ahli SABERKAS. Aktiviti ini bermula pada pukul 9.00 pagi dengan kaum wanita mengupas bawang, ubi kentang dan memotong sayur-sayuran sebagai bahan masakan, manakala kaum lelaki menyediakan peralatan serta tempat memasak di hadapan surau Kampung Itol, Daro.

Setelah bubur dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara gotong- royong oleh para ahli SABERKAS. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada pengguna jalanraya yang melalui Waterfront Daro bermula pada pukul 4.00 hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.